ASAL USUL KAMPUNG PADANG BENTA

RUMPUT BENTA

Sejarah Asal-Asul Kampung,Kg Padang Benta merupakan sebuah kampung yang terletak agak penjuru sedikit ke selatan dalam peta negeri perlis.Sebuah kampung yang berkeleluasan sekitar 456 relong.Kampung ini yang dahulunya memang terkenal dengan semak samun hutan belantara,terutama sejenis rumput yang unik dan sudah tentu tidak ada pada kampung lain iaitu RUMPUT BENTA


Ulasan

  1. Di Kelantan, ada sebuah kampung bernama Dewan Beta di Kota Bharu (sebut dengan e pepet seperti dalam perkataan bĕli, bukan dengan e taling seperti dalam perkataan beta yang dituturkan oleh raja. Puas saya memikirkan dan mencari makna perkataan "beta" itu tetapi tak jumpa hingga pada suatu hari saya terlihat papan tanda kampung Benta di jalan Kuala Lipis-Kota Bharu.

    Apabila saya mencari "benta" dalam Kamus Dewan, saya dapat tahu ia sejenis rumput yang nama sainsnya Leersia hexandra. Dari situ, saya menemukan pula gambar rumput tersebut yang membawa kepada nama kampung ini. Saya yakin, kampung Dewan Beta di Kelantan itu jika dieja dalam bahasa Melayu piawai ialah Dewan Benta. Ejaan "beta" itu mengelirukan. :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini